Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:30 PM
LAPORAN
KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT
Perniagaan
Malaysia hidup terus dengan rasuah
Pemilik
perniagaan akan lebih didesak membayar rasuah apabila berurusan
dengan pihak berkuasa tempatan, menurut satu kaji selidik tentang
persepsi rasuah yang dibuat oleh Kuala Lumpur Society for Transparency
and Integrity dan the Malaysian Institute of Management (MIM).
Pertubuhan tersebut ialah
Transparency International (TI) pejabat Malaysia, sebuah pertubuhan
bukan kerajaan antarabangsa, yang misinya memerangi rasuah. TI menerbitkan
indeks persepsi rasuah tahunan yang menyenaraikan negara-negara
mengikut persepsi komuniti perniagaan tentang kadar rasuah di negara
tersebut.
Tahun lepas, Pejabat Malaysia
memulakan projek tempatan untuk menilai persepsi masyarakat tentang
rasuah di majlis-majlis perbandaran. Kaji selidik adalah untuk menilai
persepsi masyarakat dan kesedaran akan amalan rasuah dan kadar rasuah
yang berlaku di agensi kerajaan yang beroperasi di bandar Selayang
Baru dan Bandar Baru Selayang, yang di bawah kawasan Majlis Daerah
Selayang. Ini termasuk majlis perbandaran, polis, majistret, pejabat
tanah dan bomba, pengangkutan jalan, alam sekitar dan jabatan kesihatan.
"Majlis
perbandaran adalah pusat hubungan masyarakat yang pertama dengan
kerajaan, dan persepsi mereka tentang kerja-kerja oleh kerajaan
hamper selalu berdasarkan pengenalan mereka kepada majlis perbandaran,
yang membawa kepada mereka merumuskan "kendalian pembayaran"
adalah cara yang biasa diurus oleh jabatan kerajaan," kata
Tunku Abdul Aziz, presiden TI Malaysia.
"Ini amat
menyedihkan terutama apabila kebanyakan perkhidmatan disediakan
secara percuma dan di mana setiap warganegara berhak mendapatkannya.
Dan dalam banyak situasi, mereka terpaksa bayar duit 'minum kopi'.
Ini bukan harga secawan kopi dan tiada kena-mengena kepada komoditi
tersebut, malah mengambilkira inflasi," jelasnya lagi.
Chandra
M Sekaran, bekas ahli fakulti MIM dan ahli pasukan yang menjalankan
kaji selidik tersebut, berkata, Selayang Baru dipilih kerana ia
mempunyai campuran pendudukan yang baik dan menjadi sampel yang
baik iaitu berbagai tahap pendapatan, etnik, professional dan perniagaan.
"Kawasan
ini juga mempunyai pelbagai industri dan sejumlah agensi kerajaan
yang memberi khidmat kepada masyarakat," tambahnya.
Kaji selidik yang bermula
pada Mei tahun lepas, mengambil selama lapan bulan untuk selesai.
Ia menemui 979 responden yang mewakili empat kategori: pekedai,
pemilik gerai, isi rumah dan mereka yang menggunakan perkhidmatan
kaunter majlis tempatan.
Keputusan
kaji selidik dikeluarkan minggu lepas, mendapati 60 peratus responden
berpendapat rasuah sebagai masalah serius di daerah itu. Daripada
kumpulan tersebut, mereka yang berpendapatan tinggi dan berniaga
akan lebih menghadapinya, dan mungkin bersubahat kata Chandra.
Menurut
kaji selidik, 23.5 peratus pekedai dan 17 pemilik gerai kata, ia
ok beri suap untuk melicinkan perniagaan mereka.
Kumpulan
yang lain agak keberatan bersubahat, dengan peratusan yang kecil
daripada isi rumah dan pengguna perkhidmatan kaunter - 15.7 peratus
dan 11.5 peratus masing-masing - mengatakan ok memberi suapan.
Kaji
selidik juga mendapati mereka yang berkemungkinan diminta membayar
suapan, dan bersetuju , adalah antara yang berpendapatan tinggi,
termasuk pemilik perniagaan, kata Chandra.
Kira-kira
36 peratus mereka yang disuruh memberi suapan, mempunyai pendapatan
lebih RM3,000 sebulan sementara 14.3 peratus mereka yang berpendapatan
RM1,00 dan ke bawah. Mereka yang berpendapatan tinggi akan lebih
menurut, permintaan suapan. 59 peratus responden berpendapatan lebih
dari RM3,000 sebulan berkata mereka membayar suapan apabila diminta,
sementara 26.1 peratus daripada mereka yang berpendapatan RM1,000
atau kurang, ikut saja apabila diminta.
Tetapi
perniagaan bukan saja yang terkesan daripada rasuah. Sebarang kenaikan
harga oleh perniagaan akan dirasai oleh pengguna, kata Chandra lagi.
Menariknya, pemilik perniagaan
dan kumpulan berpebndapatan tinggi lebih mengetahui yang mereka
boleh melaporkan amalan rasuah kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR)
dan oils, katanya.
Walau
bagaimanapun, kebanyakan mereka enggan berbuat demikian. Mereka
tidak sanggup meluangkan masa dan kos perjalanan untuk ikut laporan,
terutama bagi perniaga dari bandar lain atau negeri, katanya.
Keengganan
mendedahkan pegawai-pegawai yang selalu melakukan rasuah sebenarnya
menggambarkan keyakinan masyarakat akan pihak berkuasa. Kira-kira
65 peratus pemilik perniagaan yang diambil pandangan mereka, merasakan
pihak berkuasa lambat bertindak ke atas aduan dan hukuman yang dikenakan
tidak padan dan ia tidak menyekat berlakunya amalan korup itu di
masa akan datang kata Chandra.
Kaji
selidik juga mendapati sepertiga responden tahu tentang rasuah daripada
pengalaman sendiri dan kebanyakan mereka adalah pemilik perniagaan.
Selebihnya menyedarinya melalui media dan perbualan dengan kaawan-kawan.
Peraturan yang berlebihan
yang membawa kepada birokrasi yang tidak diperlukan, undang-undang
yang tidak berkesan dan hukuman yang tidak setimpal adalah antara
tiga sebab utama berlaku rasuah, yang dipetik. Sebab lain yang dikenalpasti,
termasuk sikap masyarakat yang tidak mengendahkan rasuah dan gaji
rendah kakitangan kerajaan. Semua responden mencadangkan penalty
yang lebih keras kepada pegawai-pegawai yang ditangkap mengamalkan
rasuah. Mereka juga encadangkan memudahkan peraturan dan prosidur
sebagai cara menghapuskan korupsi.
Kata Tunku Aziz: "Kajian
tersebut mendedahkan dan mengesahkan apa yang kita selalu tahu tentang
amalan rasuah kerajaan tempatan, khususnya bahagian undang-undang
dan penguatkuasaan."
Dia
berharap kaji selidik ke atas majlis daerah Selayang Baru, bertujuan
menjadi permulaan kepada kaji selidik yang serupa dibuat ke atas
yang lain, akan membina "badan pengetahuan tentang amalan kerajaan
tempatan seperti yang ada dan apa yang boleh dibuat untuk mengambil
langkah-langkah kepada ketelusan dan pertanggungjawaban."
|