Seruan Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:38 PM

LAPORAN KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT

Jenayah korporat di Malaysia berleluasa

Ada satu cara saja menghidupkan Korporat Malaysia - kenalpasti penyangak yang bertanggunjawab, hapuskan mereka daripada syarikat-syarikat, letakkan mereka dalam penjara dan beri pengurusan yang lebih baik dan pemegang saham mengurus syarikat, jika munasabah.

Tidak mudah seperti yang disangkakan. Ia adalah satu proses dan setiap langkah melibatkan perubahan daripada cara biasa ia dilakukan. Selalunya ia bermakna perubahan besar dan ini hanya akan berlaku jika mendapat ketukan daripada atas.

Sebagai contoh, walaupun dinafikan oleh pihak berkuasa, ramai kalangan rakyat merasakan ada orang yang kebal daripada undang-undang dan juga prosiding sivil oleh syarikat-syarikat yang mereka telah rompak.

Teratas dalam senarai perkara yang perlu ada untuk membawa perubahan ialah komitmen politik. Ini bermakna, kemahuan yang kuat bagi membawa pesalah, walau apa jua hubungan yang ia ada, mereka yang menipu syarikat dan menggunakan cara yang tidak sah untuk kepentingan peribadi.

Ia tidak memadai dengan meminta diberikan bukti. Seperti yang orang kata, masakan pokok bergoyang, jika tiada angin. Sekarang pokok bergoyang kencang, tetapi tiada siapa yang berbuat apa-apa mengenainya. Begitulah nampaknya. Mencari bukti bukan tugas orang awam - itu tugas agensi yang menyiasat.

Jika komitmen politik ada, keperluan yang lain akan menjadi lebih mudah. Keutamaannya ialah menyediakan sumber bagi membawa pesalah-pesalah ke muka pengadilan. Kebanyakan kesalahan melibatkan pecah amanah dan pelanggaran sekuriti dan undang-undang syarikat.

Terdapat keperluan kepada koordinasi yang lebih dalam aktivit penyiasatan yang dilakukan oleh polis, BPR, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat-syarikat. Antara semua itu, Suruhanjaya Sekuriti mempunyai sumber yang mencukupi dan ada keperluan mendesak bagi dipusatkan segala siasatan syarikat-syarikat dan pelanggaran undang- undang sekuriti di bawah satu agensi, pilihan yang paling munasabah ialah Suruhanjaya Sekuriti.

Ia akan memberi lonjakan ke arah pengurusan korporat syarikat-syarikat tersenarai, yang lebih baik. Ramai pengarah/pemegang saham syarikat tersenarai dapat melepaskan diri daripada dikenakan tindakan kerana antara kesalahan mereka bukan pelangaran undang-undang sekuriti dengan itu tidak disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Mekanisme bagi mengenalpasti dan menghukum pesalah lalu adalah wajar bagi mengajar pesalah yang akan datang. Jika mereka yang telah menggelapkan atau mengepam keluar ratusan juta ringgit boleh bebas atau hukuman yang dikenakan tidak setimpal, itu akan mendorong yang lain untuk melakukan kesalahan.

Ya,  kita telah mencemuh Enron dan World.Com sebagai contoh kegagalan pengurusan korporat di Amerika Syarikat, mana pada awalnya, mereka mengata Asia kurang pengurusan korporat dan di tempat lain juga.

Tetapi hakikatnya, lebih ramai pegawai syarikat ditahan dan didakwa di mahkamah kerana pelbagai kesalahan di Amerika Syarikat dalam masa yang singkat daripada yang berlaku di sini. Itu menunjukkan kita tidak bersungguh-sungguh untuk memberkas penyangak-penyangak yang ada.

Walaupun sudah banyak laporan polis dibuat, tidak ramai yang didakwa sementara syarikat berdaftar begitu  ketara lengah dalam mendapatkan kembali ratusan dan malah berbilion ringgit yang terhutang oleh pengarah dan pemegang saham syarikat tersebut.

Selagi keadaan ini berterusan, secara realistiknya kita tidak boleh mengharapkan pengarah dan pemegang saham menilai syarikat berdaftar dengan teliti. Ramai yang akan menggunakan cara dan formula yang pernah digunakan: senarai, naikkan harga, jual atau suntik asset pada harga yang tinggi dan pam keluar duit.

Bagi mendedahkan segala kesalahan dalam amalan keji memerlukan kemahuan yang kuatdan penyiasatan yang canggih. Sekali sudah terlibat dalam penyiasatan tersebut,  pastinya akan terkejut mendapati bagaimana seringnya syarikat berdaftar yang bermasalah sebenarnya disebabkan oleh pengurusan dan pemegang saham terbesar yang tidak jujur dan bukan krisis kewangan Asia.

Betul, keadaan nampak bertambah baik dari segi pengurusan korporat tetapi masih jauh perjalanan.  Mengingatkan sebagai contoh, sebuah syarikat berdaftar mencadangkan pembelian saham untuk harga tunai yang tinggi.

Ini dihalang oleh laporan media yang meluas dan aktiviti-aktiviti Minority Shareholders' Watchdog Group. Dalam keadaan publisiti yang kurang baik, cadangan tersebut ditarik balik.

Sudah berakhir isu ini? Sepatutnya tidak, jika pengurusan korporat (corporate governance) dilaksanakan keseluruhannya.

Membunuh ialah satu kesalahan, begitu juga niat untuk membunuh.