Seruan Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:01 PM

LAPORAN KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT

Apa jadi siasatan rasuah Rafidah?

Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menyenaraikan tiga kejadian rasuah terhadap Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, melibatkan pemindahan tidak sah saham yang bernilai beberapa juta ringgit kepada menantunya. Dan sehingga kini, BPR belum membersihkan Rafidah daripada tuduhan terssebut.

Mungkin terdapat keengganan untuk mendakwanya semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Tetapi kini, Mahathir sudah bersara, pastinya BPR akan melakukan apa yang dalam batas undang-undang kerana ia jelas bahawa BPR telah memdapati dakwaan terhadap Rafidah bagi pertimbangan Perdana Menteri, bahawa ia telah mengumpul cukup bukti terhadap Rafidah. Menafikannya sekarang atau melambat-lambatkan suatu yang begini penting akan membuat pengakuan bahawa kumpulan pekerja-pekerja DBKL pun, mampu mengurus BPR.

Jika Pak Lah serius membanteras rasuah, sewajarnya memecat Rafidah daripada jawatan menterinya dan membekukan asetnya dan mereka yang terdekat dengannya sehingga mahkamah menentukan samada bersalah atau tidak. Malah, dia tidak boleh dibenarkan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Saya pasti Pak Lah menyedari bagi mengekalkan menteri yang penuh dengan kudis rasuah akan melanggar idealisme kerajaan yang bersih, yang mana dia telah heboh, pukul canang kepada semua. Dan pengundi tidak akan berdiam diri. Kemarahan mereka akan merugikan Pak Lah beribu-ribu undi.

Rafidah amat hormat kepada Perdana Menteri. Baru-baru ini, dia meletup kerana ahli-ahli dan anggota masyarakat menggunakan panggilan Pak Lah, memanggil Perdana Mneteri. Rafidah mahu Pak Lah dipanggil dengan hormat. Pastinya Rafidah sanggup melepaskan jawatannya untuk menyelamatkan Pak Lah daripada dimalukan.

Seperti yang selalu dikatakan, ketua perompak tidak akan menjadi warga yang taat undang-undang. Langkah yang diambil terhadap Rafidah wajar diambil terhadap Mahathir, bagi memastikan kekayaan, didalam dan luar negara didapati secara sah.

Pak Lah telah mempelajari agama di universiti dan dia dikenali sebagai orang yang baik, tetapi dia akan hilang segala hak bercakap tentang etika kerajaan jika dia gagal bertindak sewajarnya ke atas perkara ini.