Seruan Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:02 PM

LAPORAN KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT

Apa terjadi pada laporan polis terhadap Presiden Airod?

Dua parti pembangkang, Parti Keadilan Nasional (keADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), telah membuat laporan polis terhadap Presiden Airod Sdn Bhd, Tan Sri Ahmad Johan, pada Khamis 5 Jun 2003.

Menurut Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Ahmad telah selewengkan RM3.4 juta wang Airod dan memindahkannya ke akaun peribadinya.

Jumlah yang Tan Sri Ahmad dibenarkan tandatangani dan keluarkan daripada Airod tanpa persetujuan Lembaga Pengarah ialah RM100,000," kata Syed Husin. "Lebih dari itu dia perlu mendapat persetujuan daripada Lembaga Pengarah."

"Jadi, Tan Sri Ahmad telah salahguna kuasanya sebagai Presiden Airod dengan mengeluarkan 34 keping cek, setiap satu bernilai RM100,000 untuk akaun peribadinya.

"Kita mempunyai bukti beberapa cek tersebut, dengan nilai berjumlah RM3.4 juta, dibayar kepada dirinya sendiri."

Dr Syed Husin berkata terdapat banyak insiden berlakunya amalan rasuah yang dilakukan oleh Tan Sri Ahmad. "Tetapi dalam laporan polis ini, kami menumpukan kepada tiga kes sahaja."

Dr Syed Husin mendedahkan bahawa Airod tela diberi kontrak oleh Angkatan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) bagi menjalankan program mod ketahanan ke atas dua pesawat C130, setiap unit bernilai RM80 juta.

Tan Sri Ahmad membentuk sebuah syarikat bernama Quality Ranch Sdn Bhd yang mana, lembaga Pengarah termasuk anaknya, setiausahanya dan pembantu peribadinya.

Quality Ranch kemudian dilantik sebagai pakar perunding bagi projek tersebut, walaupun ia tiada pengalaman dalam bidang penerbangan.

Sebenarnya, khidmat perundingan dijalankan oleh Lockheed. Quality Ranch, walaubagaimanapun mengemukakan tuntutan dan telah dibayar RM5.7 juta," kata Syed Husin.

"Kami percaya yang tiada perniagaan sebenar yang berlaku antara Quality Ranch dan Airod. Ia seolah Quality Ranch sedang digunakan menyedut wang daripada Airod dan ini perlu siasatan menyeluruh."

Syed Husin kemudian mendedahkan satu lagi kes melibatkan Fabel Ltd, sebuah syarikat yang Tan Sri Ahmad daftarkan di UK.

"Dia, anaknya Edron Hayata, Mohd Elkany Ahmad, abang ipar , Michael Yii Hieng Phang, yang mengetuai bahagian pembelian Airod, dan Datuk Yuji Kawara semuanya pengarah syarikat tersebut."

"Tujuan syarikat ini ialah membekalkan barangan gentian bagi kerja baik pulih oleh Airod dan TUDM.

"Sebelum Tan Sri Ahmad menjadi Presiden Airod, barangan gentian didapati daripada pembekal. Ini lebih murah. Jadi, barangan gentian kini terpaksa dibayar dengan harga yang lebih tinggi."

"Pada akhirnya, barangan ganti terpaksa dibayar dengan harga yang lebih tinggi oleh Airod dan TUDM. Rakyat akhirnya terpaksa bayar lebih."

"Ia amat merbahaya, untuk membiarkan satu orang mengawal begitu besar industri aerospace, terutama apabila terdapat banyak dakwaan rasuah terhadapnya."

"Bagaimana kerajaan membenarkan Tan Sri Ahmad mempunyai begitu besar monopoli ke atas pengeluaran barangan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan negara?"

"Apa yang kita ada di sini hanya secebis daripada isu besar yang sebenar, kerana ini yang kita tahu. Oleh sebab itu, kita meminta polis menyiasat segera."

Mengapa pihak polis dan BPR tidak bertindak terhadap kes ini?