Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:05 PM
MINDA ANWAR (Bahagian 1)
Perlu perangi rasuah peringkat tinggi
Dalam keadaan kegelisahan yang meningkat, keperluan
kepada masyarakat madani yang global menangani kesengsaraan rakyat
yang sah, dan tuntutan kepada ketelusan yang lebih tinggi dan pertanggungjawaban
dalam kerajaan sangat mendesak. Budaya timur meletakkan nilai yang
tinggi atas nilai-nilai etika dalam perkara pengurusan, menuntut
keadilan sebagai yang paling akhir dan berpegang kepada kejujuran
sebagai prinsip utama. Sementara di barat, kritikan terhadap mereka
yang berkuasa penuh semangat, Asia tidak sepatutnya dilihat sebagai
lembut terhadap pemegang kuasa.
Pendedahan terhadap rasuah di peringkat tinggi
di sesetengah negara menjadi contoh trend yang semakin popular di
Asia – di mana business seperti biasa semakin menjadi tidak biasa
lagi. Ia benar-benar mendedahkan kerakusan kerajaan-kerajaan di
Asia. Rasuah tidak kenal sempadan negara. Penyakit ini melanda masyarakat,
Timur dan Barat, terbukti pendedahan di Eropah, tidak lama dahulu
dan usaha yang tidak henti-henti bagi perubahan kempen dan pembiayaan
pilihan raya di Amerika Syarikat. Rasuah ialah isu moral dan ia
menyentuh suara hati masyarakat.
Indeed, there is a line beyond which a civil
society will not allow itself to be pushed. As such political debate
in Asia has progressed to a new stage. The contention is no longer
one of democracy versus totalitarianism, or multi-party versus single
party politics. We believe the democratisation of Asia is now on
an irreversible course. At issue is the practice of democracy itself,
or rather the conduct of those purporting to play by its rules.
Democracy is not merely about holding regular elections, although
that is a central feature.
Benar, terdapat garis pemisah di mana masyarakat
madani tidak akan melangkahnya. Sungguh perbahasan politik di Asia
telah maju ke hadapan ke tahap yang baru. Alasannya bukan lagi demokrasi
lawan totalitarianisme, atau politik pelbagai parti lawan satu parti.
Kita percaya proses demokrasi di Asia sedang lalui haluan yang tidak
mungkin berpatah balik. Isu utama ialah amalan demokrasi itu sendiri,
atau sikap mereka yang mengaku mengikut undang-undang. Demokrasi
bukan hanya tentang mengadakan pilihan raya, walaupun ia merupakan
tumpuan utama.
Demokrasi yang sebenar berfungsi, pada hemat
saya, mesti dilihat keberkesanannya dalam menggalakkan warga aktif,
penghapusan korupsi dan membenteras salahguna kuasa dan sikap keterlaluan
yang lain. Sesebuah kerajaan yang bermegah dalam memenangi pilihan
raya sebagai bukti ia bersikap demokratik, tetapi tidak menghiraukan
isu moral dan amanah, akan sekelip mata berubah menjadi konsert
bagi golongan kaya, yang berkuasa dan yang mendapat hak istimewa.
Tetapi jangan kita tersilap baca, ketidak puasan
hati pada masa sekarang kalangan banyak negara Asia, dengan keadaan
demokrasi sebagai keinginan untuk kembali kepada otoritarianisme.
Kita mahukan demokrasi yang berfungsi yang benar-benar berkhidmat
kepada rakyat, menganjurkan pertumbuhan ekonomi dan terkedepan dalam
keadilan sosial. Sistem sebegitu mesti bebas daripada berlebih-lebihan
yang dikaitkan dengan masyarakat individualistik Barat. Sementara
menyatakan pendirian terhadap sikap tersebut, dalam apa jua keadaan
kita tidak boleh dilihat bersubahat atau apologis kepada mereka
yang menganjurkan otoritarian atau kerajaan paternal.
Dalam keghairahan kita mengembangkan pencapaian
Asia, kita perlu akui bahawa pertumbuhan ekonomi yang kita alami
membawa bersamanya cabaran baru. Perbezaan antara bandar dan luar
bandar, hanya salah satu daripadanya. Ada isu lain: penyediaan perumahan
yang baik, pembasmian kemiskinan dan membangunkan penduduk yang
berpendidikan, adalah antara perkara yang mestii di hadapi oleh
kerajaan-kerajaan di Asia.
Tetapi dalam menuntut kebebasan bagi rakyat,
Asia tidak boleh bergerak sendirian. Ia memerlukan yang lain sebanyak
mana ia bergantung kepada kekuatannya sendiri. Dalam konteks ini,
saya ingin menyuarakan kekeliruan, ramai kalangan kita di Asia akan
kedengaran semula di Amerika, suara-suara di masa silam. Apa yang
lebih membimbangkan ialah ia menarik perhatian nasionalisme sempit
dan pengasingan moden, nampak seakan serupa dengan pemilihan di
Amerika. Seolah hantu Smoot-Hawley, undang-undang tariff yang mencetuskan
the Great Depression,masih menghantui Amerika, meraba-raba
lanskap ekonomi moden abad ke 21. Tambahan kepada itu, menjadi trend
oleh sesetengah pihak, menyalahkan perbezaan budaya bagi kesukaran
perdagangan dan tekanan diplomatik yang dialami, antara Asia dan
Amerika.
|