Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:17 PM
Kepincangan
BN, tidak layak memerintah
Oleh
Meluat UMNO
Isu
peringkat Nasional
1.
Tindakan yang paling nekad dilakukan oleh BN ialah usaha penghapusan
Islam meskipun dicanangkan merata dunia bahawa Malaysia adalah sebuah
negara Islam. Terkini ialah perihal yang berlaku ke atas SAR (Sekolah
Agama Rakyat) Banyak SAR terdapat di negeri Kelantan, Terengganu
dan Kedah iaitu negeri yang mempunyai pengaruh PAS dan Parti Alternatif
tertinggi. Kurikulum di SAR berusaha untuk mendidik pelajar ke arah
kefahaman Islam yang syumul dan pencapaian akademik serta sahsiah
pelajar yang cemerlang. Ini terbukti di dalam peperiksaan nasional
yang diambil seperti PMR, SPM dan STPM. Dalam masa yang sama sekolah
kerajaan dan juga sekolah asrama penuh berhadapan dengan masalah
disiplin pelajar yang membimbangkan. Terdapat gejala samseng di
sekolah kerajaan. Perihal ini tidak disenangi oleh BN. Justeru itu
tindakan BN bersifat politik dan seterusnya bantuan kepada SAR tidak
disalurkan atau diberikan secara minimal dan pada masa yang sama
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil diberikan peruntukkan meskipun
bilangan pelajar di sekolah jenis kebangsaan ini mempunyai bilangan
pelajar kurang dari 10 orang. Dengan tindakan tidak adil ini banyak
SAR terpaksa ditutup atau mendapati bilangan pelajar amat berkurangan
tetapi dalam masa yang sama bantuan diberikan kepada sekolah jenis
kebangsaan. Inilah model sebuah kerajaan persekutuan yang menindas
negeri yang tidak mengikuti telunjuknya.
2.
Negara gempar dengan permasalahan gejala sosial di semua peringkat
umur. Laporan akhbar dan statistik jabatan polis dan jabatan kebajikan
masyarakat menunjukkan peningkatan. Buang bayi, sumbang mahram,
bersekedudukan, budaya lucah, samseng di sekolah, samseng di jalan
raya adalah berita yang terdapat setiap hari di akhbar-akhbar di
Malaysia. Ini memberi implikasi yang sungguh menyayat hati. Beginikah
rupa sebuah negara Islam! Yang pasti inilah bentuk negara Islam
Klon ciptaan BN serta kesan secara langsung pembangunan yang dibawa
oleh BN.
3.
Tahun 2003 adalah rekod bagi penawaran bon . Dianggarkan sebanyak
USD4.0 (bersamaan RM10.0 billion) telah ditawarkan kepada syarikat
luar (yang terakhir sebanyak USD1.0 billion semasa persidangan tahun
IMF di Dubai pada September 2003). Syarikat terlibat adalah TNB,
Petronas, Telekom dan kerajaan sendiri. Yang anehnya syarikat yang
mengisytiharkan keuntungan masih memerlukan pinjaman. Yang jelas
syarikat hanya bertindak sebagai orang tengah kepada kerajaan kerana
kerajaan tidak mempunyai kewangan dan terpaksa berhutang. Dari segi
teori kiranya ekonomi sudah pulih, sudah baik, tidak perlu pinjaman
kerana pelabur akan membawa masuk dana. Ini bererti ekonomi tidak
pulih dan pelabur tidak berminat untuk melabur di Malaysia, tambahan
pula ekonomi China menawarkan pulangan yang lebih tinggi. Jadi di
manakah kerajaan mendapat kewangan untuk berbelanja khususnya perbelanjaan
yang kerajaan sudah commited seperti projek pembangunan sekolah,
projek makmal komputer, projek Dewan Wawasan di Jitra, projek Dewan
Millenium di Kepala Batas, projek hospital, balai polis, penjara
yang ditawarkan kontrak kepada kroni. Kita tidak mengandaikan melalui
pinjaman dari institusi kewangan dalaman kerana faedah yang diberi
kepada peminjam adalah terlalu rendah dan justeru itu institusi
kewangan tidak mempunyai kewangan yang cukup. Jadi, yang pasti,
ia melalui institusi tabung dana negara seperti KWSP, Tabung Faedah
Persaraan, LTAT, Tabung Haji, Petronas dan syarikat milik kerajaan.
4.
Tahun 2003 juga mencipta rekod keganasan pemerintah. Seorang menteri
mencerca dan mengugut penjawat awam. Rakyat mengetahui peristiwa
ini kerana ianya disiarkan oleh TV dan yang pasti ratusan malah
ribuan kes di mana penjawat awam diugut, disingkir, ditukar dan
pelbagai lagi kerana tidak bersetuju atau mempunyai pandangan berbeza
dengan ketuanya. Pemerintahan BN tidak memisahkan pemimpin parti
dengan penjawat awam dan kesannya berlaku penyalahgunaan kuasa yang
berleluasa. Diskriminasi berlaku hanya disebabkan perbezaan fahaman
politik atau pandangan yang tidak seiring dengan ketua.
5.
Isu berhubung dengan rasuah tidak menunjukkan keprihatinan yang
jelas. Setelah hampir 25 tahun BN dengan slogan Bersih, Cekap dan
Amanah, banyak tafsiran telah dikemukakan. Betulkah pentadbiran
di Malaysia cukup bersih. Banyak persoalan tidak dapat dijawab.
Begitu juga dengan Amanah. Berapa banyak kewangan negara tidak dapat
di akaunkan. Semenjak 1982 berapakah tangkapan dibuat berhubung
rasuah meskipun ramai tahu perkara itu benar berlaku. Perlu diingat
bahawa pentadbiran yang ada sekarang adalah keseluruhan pentadbiran
dahulu. Dato Seri Abdullah adalah antara pengasas dan peneraju kepimpinan
dahulu. Justeru itu, meskipun terdapat tangkapan dan pertuduhan
di mahkamah, tangkapan yang dibuat adalah kepada isu-isu yang lama
yang sepatutnya sudah dapat keputusan mahkamah. Tangkapan yang dibuat
sekarang lebih cenderung untuk mendapat simpati pengundi lebih lagi
pengundi atas pagar kerana pilihan raya akan berlaku dalam tempuh
terdekat. Justeru itu kes-kes seperti BMF, Pelaburan dalam Tabung
Haji, Pelaburan dalam KWSP, Pelaburan Petronas/MISC dalam Konsortium
Perkapalan, Projek PPRT, Projek Orkid Ketengah, Pelaburan FELCRA
di Africa Selatan, kerugian mata wang Bank Negara Malaysia, skandal
MAS tidak ada pertuduhan ke atas Pak Menteri dan yang terbabit dengan
beberapa menteri masih tidak ada keputusan umpamanya kes Rafidah,
Rahim Thamby Chik, penemuan wang tunai semasa penyiasatan ke atas
Ali Abul Hassan, tuduhan terhadap Khir Toyo, Kes Ketengah yang membabitkan
Annuar Musa dan puluhan kes lain dan penyeleweng yang sengaja disembunyikan.
Begitu juga kes di pejabat tanah, kes pegawai awam menyalah guna
kuasa, kes curi pasir yang berleluasa, kes buang sisa toksik adalah
gambaran betapa lemah dan longlainya moral dan etika pihak berkuasa.
Jadi tidaklah mengejut apabila akhbar The Asian Wall Street Journal
melaporkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai Undang-undang
serta peraturan yang komprehensif untuk membasmi rasuah dan melaksanakan
corporate governance (Malaysia mencapai markah 9/10 dari aspek undang-undang
dan peraturan dan antara terbaik di Asia) tetapi malang dari segi
perlaksanaan dan penguatkuasaan, pencapaian Malaysia ialah 3/10
dan meletakkan Malaysia antara negara yang paling senang untuk membolosi
Undang-undang dan peraturan.
6.
Putrajaya adalah lambang kebanggaan negara – kata pemerintah. Tetapi
hakikatnya adalah amat unik, pilu dan terharu. Putrajaya adalah
milik Putrajaya Holdings syarikat yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir
yang berperanan membangunkan Putrajaya (Kompleks Pentadbiran, Kediaman
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perumahan Kakitangan
dan Pegawai, Taman Rekreasi, Pusat Convention dan sebagainya. Perbadanan
Putrajaya pula berfungsi sebagai Majlis Perbandaran (Municipal Council)
yang terlibat dengan kebersihan , keceriaan dan keselamatan Putrajaya.
Putrajaya tidak dimiliki oleh kerajaan malah kerajaan menyewa Kompleks
Pentadbiran dari Putrajaya Holdings dan Putrajaya ditadbir oleh
Tun Dr Mahathir secara Sole Administrator.
7.
Peningkatan jumlah pemegang ijazah yang tidak dapat pekerjaan terus
meningkat. Laporan akhir Oktober menganggarkan terdapat hampir 100,000
siswazah menganggur, kebanyakan dari kalangan siswazah perempuan.
Terdapat jabatan yang mempunyai 6 kekosongan tetapi menerima hampir
5000 permohonan. Pada bulan puasa baru-baru ini terdapat sebuah
stesen radio menawarkan kursus secara percuma kepada kakitangan
dari kilang, jabatan dan syarikat yang menawarkan skim VSS . Salah
satu syarikat yang terlibat ialah BERNAS. Inilah nasib yang menimpa
Lembaga Padi Beras Negara (LPN) setelah diswastakan. Ini jelas menunjukkan
kerajaan BN tidak berkemampuan mengekalkan pekerjaan serta mewujudkan
peluang pekerjaan.
8.
Program Khidmat Negara adalah bersifat politik BN bukan berhasrat
untuk mewujudkan ketahanan dan kesetiaan rakyat pada negara. Pelajar
dari Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan mengikuti latihan
di negeri sendiri, juga termasuk semenanjung Kedah dan Perlis. Mereka
dihantar ke Langkawi dan pelajar negeri Kedah dan Perlis tidak dihantar
mengikuti latihan di Kelantan atau Terengganu. Jelasnya ia bukan
bersifat integrasi nasional tetapi bersifat politik sempit BN. Begitu
juga dari jumlah bilangan kumpulan pertama di mana pelajar berbangsa
Cina hanya lebih kurang 300 orang sahaja dan yang paling ramai pelajar
Melayu. Adakah Khidmat Negara hanya tertumpu kepada pelajar Melayu.
Banyak kebimbangan di sanubari ibu bapa. Mengapa pelajar yang sedang
menunggu SPM dipilih? Mengapa tidak memastikan remaja yang melepak
di Pasar raya, gedung perniagaan , pelumba haram? Apa objektif sebenar
program Khidmat Negara? Adakah juga disebabkan keperluan untuk menyiapkan
pusat latihan yang hampir 33 buah dapat menghasilkan berjuta kewangan?
Juga kontrak untuk uniform, pembelian peralatan dan perkakasan serta
keperluan makanan dan logistik?
9.
Sistem Saraan Malaysia mensyaratkan semua kakitangan mengikuti kursus
untuk kenaikan gaji dan pangkat. Setelah hampir 6 bulan dilaksanakan
kini terdapat banyak sungutan. Yang jelas kursus yang diikuti tidak
menepati kerja yang dijalankan. Akan tetapi perbelanjaan nya cukup
tinggi. Difahamkan bahawa Kementerian Kesihatan memerlukan hampir
155 juta untuk kursus penilaian tahap kecekapan. Bagaimana pula
dengan Kementerian Pendidikan, Pertanian dan agensi lain? Bagaimana
ukuran kejayaan? Tetapi yang ditekankan oleh PM adalah kakitangan
awam mesti bersifat amanah dan cekap, bertimbang rasa , tidak boros.
Ternyata wujud tersilap fokus di antara perkhidmatan awam dan dasar
negara.
Isu
Tempatan (peringkat negeri)
1.
Pada hari pertama kredit ASB dimasukkan ke dalam akaun pelabur (2.1.2004)
terdapat ratusan orang beratur di setiap kaunter untuk mengeluarkan
dividen untuk digunakan membeli keperluan sekolah, manakala yang
tidak mempunyai pelaburan pula beratur di kedai pajak gadai. Ini
menggambarkan bahawa ekonomi Malaysia tidak berkembang dengan terdapat
ramai orang yang hidup miskin dan terpaksa bergadai.
2.
Pada 3 Januari 2004 Polis telah membuat serbuan di pusat membeli-belah
(pasar raya) di Alor Setar dan menahan ratusan belia dan terdapat
yang masih di sekolah rendah dengan pelbagai kesalahan akhlak dan
lalu lintas. Budaya rosak di kalangan belia memang parah di KL,
Johor Bahru dan budaya samseng di sekolah. Ini menunjukkan bahawa
BN bertanggung jawab menyebarkan budaya lepak, keruntuhan akhlak
di negara ini.
3.
Pecah rumah, samun, penculikan dan pembunuhan berlaku setiap hari
di Malaysia. Rakyat hidup dalam kebimbangan dan terdapat kes pembunuhan
berlaku akibat dari ceti haram (along) di mana mangsa tidak mampu
menjelaskan hutang sebanyak kurang dari RM10,000. Di Kubang Pasu
terdapat kes di mana seorang korporat telah diacukan pistol di leher
dan kereta Mercedes dirampas disebabkan tidak dapat menjelaskan
pinjaman.
4.
Isu terbesar tahun 2003 melibatkan pembunuhan gadis dan computer
analis Canny Ong, Haleza dan Norita jelas menunjukkan permasalahan
moral rakyat Malaysia khusus di kalangan belia dan pemuda. Ini jelas
kelemahan pembangunan masyarakat yang dibawa oleh BN.
5.
Setiap hari kes rasuah dilaporkan di dalam akhbar dan berita. Sudah
pasti berjuta wang rakyat hilang dan tidak dapat dikesani. Adalah
lebih malang jika pesalah dilindungi. Satu lagi kejahilan pemerintahan
BN.
6.
Setiap hari dilaporkan 10 kecurian motor berlaku di sekitar Kubang
Pasu dan Alor Setar. Penjenayah dikesani di kalangan remaja yang
masih di bangku sekolah dan penganggur. Ini adalah gambaran masyarakat
Malaysia yang sakit. Tidak ada matlamat hidup, jiwa kosong dan dipengaruhi
oleh budaya negatif, lucah dan runtuh akhlak.
Isu
Di Kelantan
1.
Isu yang dibawa oleh BN bahawa PAS tidak tahu mentadbir adalah lapuk.
Bagaimana mungkin sesuatu organisasi boleh bertahan selama lima
belas tahun sekira terdapat kelemahan. Yang jelas taraf hidup rakyat
Kelantan seperti di negeri lain di Pantai Barat. Pembinaan rumah
baru (bungalows), pembelian kereta baru oleh rakyat Kelantan (kelisa
dan kancil tertinggi di Malaysia mengikut satu bancian) umrah dan
ziarah adalah manifestasi tentang keupayaan pendapatan rakyat Kelantan.
2.
Permintaan kepada Pengajian Akademik seperti PJJ, Luar Kampus di
semua peringkat-ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran adalah tertinggi
dibandingkan dengan negeri lain. Ini menunjukkan kemampuan rakyat
Kelantan dari segi persediaan kewangan dan keprihatinan terhadap
pendidikan dan kemajuan diri. Yang jelas dengan peningkatan ini
rakyat Kelantan sebenarnya lebih berdaya saing dibandingkan dengan
rakyat negeri lain.
3.
Kekuatan utama pentadbiran PAS ialah mewujudkan persekitaran kehidupan
yang berkualiti. Kesibukan mencari rezeki diseimbangkan dengan tuntutan
pengajian agama, kerja-kerja amal, kerja kemasyarakatan dan rekreasi
serta dikawal pula dengan pengharaman dan pencegahan aktiviti maksiat.
4.
PAS berusaha untuk mewujudkan satu pentadbiran yang berlandaskan
syariat Allah. Terdapat usaha yang sangat berjaya seperti penutupan
dan pengharaman aktiviti perjudian, TOTO , Loteri dan Nombor Ekor,
Memastikan aktiviti kebudayaan tidak bertentangan dengan hukum Islam.
Mengehadkan premis dan kawasan minuman keras untuk bukan-Islam,
mewujudkan Sistem Ekonomi Islam seperti Ar Rahnu yang diikuti oleh
beberapa negeri dan organisasi dan kini merupakan tarikan utama
Bank Rakyat.
5.
Asas kempen dan propaganda BN ialah BN membawa pembangunan. Yang
jelas BN amat ketinggalan zaman. Pada masa kini rakyat tidak hairan
kepada pembangunan. Yang penting ialah tahap kualiti kehidupan.
Apa guna pembangunan fizikal tetapi kosong pembangunan rohani. Kerana
ketandusan dan kekosongan jiwa maka terjadilah pelbagai keruntuhan
akhlak. Rasuah, gejala sosial seperti rogol, zina, liwat, mencuri,
menyamun, merompak, peras ugut pembunuhan menjadi tajuk utama akhbar
tempatan. Satu manifestasi dari hasil pembangunan yang dibawa oleh
BN. Pemimpin BN pernah mengatakan perilaku ini tidak dapat dielakkan
dan mempunyai korelasi dengan pembangunan. Yang jelas ini adalah
bentuk kegawatan pemerintahan BN.
6.
Kemelut yang paling dahsyat pimpinan BN ialah KKN atau Kolusi, Korupsi
dan Nepotisme. Maka terjadilah pembinaan projek mega, projek ubahsuai
, projek peningkatan kapasiti, projek PPRT dan sebagainya yang tidak
mengikut spesifikasi atau tidak mempunyai spesifikasi langsung.
Akhirnya terjadilah sekolah, hospital, klinik, balai polis, penjara,
kediaman polis , tentera, guru dibina di tempat yang tidak sesuai
dan strategik, lebih spesifikasi seperti terdapat bilik darjah yang
kosong , dewan yang tidak diperlukan kerana sudah terdapat dewan
yang boleh digunakan, jalan raya yang dibinahanya untuk kegunaan
JKK sahaja. Maka terjadilah pembaziran kewangan , tenaga dan masa.
Sebenarnya inilah tanggungjawab utama Pengarah Eksekutif MTEN, membuat
penilaian ke atas setiap aktiviti ekonomi dan sosio-ekonomi, mencari
alternatif dan memastikan kapasiti ekonomi negara sentiasa berkembang.
Oleh kerana ciri utama pemberian tender dan kerja dibuat berdasarkan
KKN maka terjadilah cantas mencantas, tikam menikam dan sehingga
bawa kepada pembunuhan dan penahanan di penjara dan ISA.
7.
KKN tidak terbatas kepada pemberian tender dan projek. Ia juga melibatkan
kenaikan pangkat. Maka terjadilah pelantikan kenaikan pangkat yang
tidak menepati sasaran. Orang yang tidak mempunyai kelayakan, hanya
atas restu politik sempit BN , telah mendapat kenaikan pangkat dan
diberi tugas sudah pasti tidak dapat melakukan kerja dengan baik
dan memuaskan. Yang jelas, pegawai berkenaan hanya mengampu tuan
(pemimpin politik) sahaja atau terdapat kes pegawai disambung tempoh
perkhidmatan walaupun sepatutnya sudah bersara maka terjadilah beliau
sebagai mata kepala kepada pemimpin BN
8.
Pencapaian yang paling hebat ialah kehadiran pelancong ke Kelantan.
Terdapat angka yang menunjukkan bahawa terdapat hampir melebihi
10 juta pelancong melawat Kelantan. Pelancong datang dari segenap
pelosok negara dari Johor Bahru hinggakan ke Padang Besar, Perlis.
Angka ini tidak disiarkan oleh media perdana milik BN. Yang jelas
tahun demi tahun pelancong suka melawat Kelantan. Pasti terdapat
tarikan yang hebat? Penduduk nya? pentadbiran negeri nya? makanan
nya? budaya nya? tatasusila budi rakyat nya? Oleh itu di mana “Kelantan
gerhana “ jika pelancong penuh, memenuhi bandar Kota Bharu hinggakan
bilik hotel kehabisan setiap musim cuti dan perayaan.
|